TAKAFULINK

TAKAFULINK

Pelan Prudential BSN Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang fleksibel bersesuaian dengan perubahan hidup anda. Pelaburan ini berlandaskan prinsip-prinsip syariah yang dipantau oleh Majlis Syariah bagi memastikan segala pelaburan yang dilakukan bebas daripada unsur-unsur judi, riba serta perkara-perkara yang dilarang oleh agama. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.


Pelan yang fleksibel untuk Menguruskan Keperluan Anda yang Sentiasa Berubah.

Hakikatnya adalah keperluan kita berubah dengan masa. Apabila keperluan berubah, keutamaan juga akan berubah. Apa yang penting adalah untuk menguruskan keperluan kewangan anda mengikut keutamaan anda. 

Pelan Takafulink Prudential BSN TAKAFUL adalah pelan Takaful keluarga berkaitan pelaburan berasaskan Syariah yang dirangka untuk menangani perjalanan hidup yang tidak dapat diduga. Ia juga membolehkan anda menguruskan kehidupan anda dengan penuh fleksibel. 

Dengan mentaati nilai-nilai yang tersedia ada, pelan ini juga membolehkan anda mengawal perjalanan hidup anda dengan lebih teratur.


Bagaimanakah Pelan TAKAFULINK Dapat Memanfaatkan Saya?

Bagi memastikan anda mendapat perlindungan terbaik dari kami,kami akan membantu anda merancang paras perlindungan yang sesuai bagi anda berdasarkan apa yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.

Pelan Prudentail BSN takaful manfaat 3 dalam 1:
  1. Perlindungan. 
  2. Kad Perubatan. 
  3. Simpanan Pendidikan dan persaraan

PELAN YANG MEMBERI ANDA LEBIH FLEKSIBEL:
  1. Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda. 
  2. Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain. 
  3. Wujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Syariah dan yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun simpanan bank. 
  4. Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Syariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000. 
  5. Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000. 
  6. Sijil ini melayakkan anda menerima pengecualian cukai individu sehingga RM6,000 setahun.

Siapakah Yang Layak Untuk Mengambil Pelan TAKAFULINK ?

Sesiapa yang berumur di antara 19 dan 60 tahun layak menyertai pelan ini. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak anda dari umur 14 hari.


Bagaimanakah Boleh Saya Bermula?

Pertama sekali, pastikan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas dan lain-lain manfaat opsional dan tambahan. Kemudian, tentukan amaun yang anda mampu untuk mencarum setiap bulan.


Manfaat Optional & Tambahan

Sebagai tambahan kepada perlindungan asas yang disediakan di dalam pelan, anda boleh memilih untuk menambah manfaat opsional bagi mempertingkatkan lagi perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink. Di antara rider yang disediakan dengan Takafulink adalah seperti berikut :


1. KEMATIAN ATAU LUMPUH KEKAL KESELURUHAN
  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
  • Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan. 
  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus. 

2. CRISIS SHEILD (PAMPASAN SALAH SATU DARI 36 PENYAKIT KRITIKAL)

Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
  • Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan. 
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu (Dengan syarat manfaat Contributor disertakan. Sekiranya manfaat Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh. 
  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi. 
  • Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan. 
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.


SENARAI 36 PENYAKIT KRITIKAL
1
Serangan Penyakit Jantung
19
Penyakit Membawa Maut
2
Penyakit Koronari Arteri
20
Aids Akibat Transfusi Darah
3
Strok
21
Penyakit Motor Neuron
4
 Kanser
22
Penyakit Parkinson
5
Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang
23
Penyakit Hati Yang Kronik
6
Pemindahan Organ Utama
24
Penyakit Peparu Yang Kronik
7
Trauma Kepala Utama
25
Trauma Kepala Utama
8
Sklerosis Pelbagai / Berbilang
26
 Anemia Aplastik
9
Hepatitis Virus Fulminan
27
Distrofi Otot
10
Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
28
Poliomielitis
11
Koma
29
Meningitis Bakteria
12
Buta
30
Tumor Otak Benigna
13
Penggantian Injap Jantung
31
Ensefalitis
14
Pembedahan Aorta
32
Full Blown Aids
15
Penyakit Alzheimer
33
Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yg Serius
16
Hilang Pendengaran / Pekak
34
Pembedahan Otak
17
Hilang Kebolehan Bertutur(Bisu)
35
Sindrom Apalik
18
Kebakaran Parah
36
Kehilangan Tangan Atau Kaki

 
3. KHAIRAT KEMATIAN

Manfaat ini akan membayar khairat kematian bagi tujuan pengebumian. Ia akan dibayar serta merta sebaik sahaja pewaris mengemukakan bukti kematian kepada syarikat.
  • Dari RM2,000 – RM10,000. 
  • Cover sehingga 80 tahun/100 tahun
 
4. BASIC ENHANCER
  • Meningkatkan khairat kematian. 
  • Benefit anniversary - 5th, 8th, 11th & 14th. 
  • Nilai seunit - RM5,000/unit. 
  • Min: 1 unit. 
  • Max: 8 units.





5. KEMALANGAN (KEMATIAN @ LUMPUH KEKAL KESELURUHAN)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2). 
  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity). 
  • Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%). 

RUJUKAN UNTUK HILANG UPAYA :




6. ACCIDENTAL MEDICAL REIMBURSEMENT
  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN. 
  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan. 
  • Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.


7. TAKAFUL HEALTHENRICH/ MEDICAL CARD
  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia. 
  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara. 
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan . 
  • Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful HealthEnrich adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.
Antara kelebihan Takaful Health Enrich merangkumi 3 manfaat dalam 1 akaun seperti berikut :

i. MANFAAT PERLINDUNGAN:
  • Pampasan kematian/lumpuh. 
  • Pampasan kemalangan/cacat kekal. 
  • Pampasan 36 penyakit kritikal. 
  • Elaun Tahunan Kecacatan Kekal. 
  • Elaun Tahunan Sakit Kritikal. 
  • Sumbangan percuma, sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal/hilang upaya. 
  • Sumbangan percuma, sekiranya kematian/hilang upaya kekal/sakit kritikal terhadap pembayar (ibu/bapa/suami/isteri).

ii. MANFAAT HOSPITAL :
  • Kad perubatan untuk bayar bil hospital antara RM600,000 hingga RM4 JUTA secara “online". 
  • Layak masuk lebih 60 Hospital Pakar Panel di seluruh Malaysia. 
  • Elaun Harian hospital sehingga RM400 sehari. 
  • Elaun Pembedahan sehingga RM12,500. 
  • Elaun Harian ICU. 
  • Elaun cuti sakit akibat kemalangan. 
  • Pilihan perlindungan sehingga umur 70/80/100 tahun.

iii. MANFAAT SIMPANAN PENDIDIKAN & PERSARAAN:
  • Takaful Saver untuk jaminan pendidikan anak anda dan juga sebagai dana persaraan. 
  • Pelaburan yang di dalam dana-dana yang diluluskan oleh undang-undang syariah. 
  • Pengeluaran boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
 

8. MEDICAL COVER
  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah. 
  • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU. 
  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level). 
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil. 
  • 1 Unit mewakili : RM50 sehari (Elaun Hospital), RM100 sehari (Elaun ICU) & RM2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :



TAHAP
SUMBANGAN YANG DAPAT
Tahap 1 = 5% daripada RM2,500
RM125
Tahap 2 = 10% daripada RM2,500
RM250
Tahap 3 = 20% daripada RM2,500
RM500
Tahap 4 = 30% daripada RM2,500
RM750
Tahap 5 = 50% daripada RM2,500
RM1,250
Tahap 6 = 75% daripada RM2,500
RM1,875
Tahap 7  = 100% daripada RM2,500
RM2,500
** Elaun Bedah - Maximum RM12,500 setahun untuk 1 unit.



 
9. HOSPITAL BENEFIT (ELAUN HOSPITAL)
  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad. 
  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = RM400 sehari. 
  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi. 
  • Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 11, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit.
Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.


10. HOSPITAL BENEFIT
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja. 
  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam. 
  • Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)
 
11. TAKAFUL PUTERI & PUTERI PLUS
 
Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu :-

1 - Takaful Puteri

Pelan ini memberi anda perlindungan terhadap pelbagai penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.

2 - Takaful Puteri Plus

Pelan ini dicipta khas untuk memberi anda perlindungan yang MENYELURUH dan banyak lagi. Selain daripada penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita, ia juga memberi perlindungan terhadap kerumitan semasa tempoh hamil dan penyakit kongenital bayi.

Apakah Manfaat-Manfaat Yang Anda Akan Terima?

Kami menyediakan pelbagai pelan untuk memenuhi keperluan anda. 



TAKAFUL PUTERI &  TAKAFUL PUTERI PLUS
PELAN 1
PELAN 2
PELAN 3
Jumlah Dilindungi
bagi Tempoh Hayat
RM50,000
RM100,000
RM150,000

** Setiap tuntutan akan mengurangkan Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat. Apabila Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat ini telah digunakan sepenuhnya, Takaful Puteri akan terhenti.
  

MANFAAT-MANFAAT
TAKAFUL PUTERI
TAKAFUL PUTERI PLUS
A. MANFAAT PENJAGAAN WANITA

1. Kanser berkaitan Wanita / Lupus  Sistemik      Eritematosus (SLE) dengan Lupus Nefritis.
  • Kanser Payudara, Uteri Serviks, Tiub Falopio, Ovari, Uterus, dan Faraj / Vulva ATAU Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis.
100% daripada Jumlah
Dilindungi bagi Tempoh Hayat

2. Karsinoma - In - Situ  Payudara atau Uteri Serviks.
  • Sekiranya anda didiagnosiskan menghidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% dari Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat.
30% daripada Jumlah
Dilindungi bagi Tempoh Hayat

3. Perlindungan bagi mana - mana kejadian di bawah :
  • Artritis Reumatoid dengan Kerumitan. 
  • Pembedahan Rekonstruksi Muka akibat   Kemalangan.
  • Pemindahan Kulit akibat Kelecuran. 
  • Pemindahan Kulit akibat Kanser Kulit. 
  • Keretakan Osteoporotik pinggul / vertebra. 
  • Pembedahan Rekonstruksi Payudara akibat Kanser Payudara.
30% daripada Jumlah dilindungi
Sepanjang Hayat
B. MANFAAT PENJAGAAN IBU

4. Komplikasi Kehamilan
  • Penyebaran Penggumpulan Intravaskular (selepas 7 bulan mengandung). 
  • Kehamilan Luar Rahim. 
  • Keguguran pada Hujung Kehamilan (dari hari 126 ke hari 196 tempoh kehamilan)
  • Kematian Janin (selepas hari ke-196 tempoh kehamilan).
  • Kematian Bayi (di dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran).
Tidak
Berkaitan
RM10,000

5. Penyakit Kongenital Bayi
  • Sindrom Down. 
  • Kecacatan Septum Ventrikel. 
  • Kecacatan Septum Atrial.
  • Spina Bifida.
  • Lelangit Rekah dengan Lupus Nefritis.
Tidak
Berkaitan
RM20,000

Nota :
  • Manfaat Penjagaan Wanita – Boleh dituntut hanya sekali di dalam tempoh hayat seseorang peserta. 
  • Manfaat Penjagaan Ibu - Boleh dituntut hanya sekali di dalam tempoh hayat seseorang peserta. 
  • Boleh dituntut hanya selepas satu (1) tahun daripada tarikh Sijil Takaful atau pada tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput). 
  • Penyakit Kongenital Bayi – Boleh dituntut sekiranya bayi tersebut dapat bertahan lebih 30 hari selepas kelahiran dan diberi  diagnosis di dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.



12. CONTRIBUTOR
  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. 
  • Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor, Joint Contributor. 
  • Sedikit penerangan ringkas... 
  • Contributor. 
  • Manfaat ini akan membayar caruman mendatang (future contribution) sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal dan lumpuh. 
  • Manfaat-manfaat lain dalam policy (sekiranya ada) akan kekal seolah-olah client masih lagi membayar caruman. 
  • Dan yang paling istimewa adalah, wang simpanan client juga akan dimasukkan dan simpanan akan meningkat secara berterusan sehinggalah policy ini tamat atau client meninggal dunia, yang mana lebih dulu. 
  • Contoh : client bayar caruman sebulan RM250. Tetiba disahkan mengidap sakit kritikal dan memerlukan pembedahan. Jadi, kos rawatan semua di tanggung oleh medical card (Takaful HealthEnrich), manakala caruman selepas disahkan mengidap sakit kritikal tidak perlu dibuat, sebaliknya syarikat akan sambung bayar untuk kita.
 

13. PARENT CONTRIBUTOR
  • Manfaat ini sama seperti contributor tapi akan cover pembayar untuk akaun pendidikan anak2, iaitu ayah, ibu atau penjaga yang sah. 
  • Maksudnya, sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, atau meninggal dunia atak lumpuh kekal keseluruhan, caruman seterusnya akan dibayar oleh PruBSN takaful sehinggalah policy tamat atau anak meninggal dunia yang mana lebih duhulu. 
  • Manfaat ini amat penting kalau client nak amik plan pendidikan untuk anak mereka. Untuk memahamkan konsep mudah manfaat ini adalah.... “Kita ada, anak ada duit utk belajar dan ada medical fund, kita tak de pun anak ada duit utk belajar dan ada medical fund kalau dia sakit dan masuk wad”

 
14. SPOUSE CONTRIBUTOR
  • Manfaat ini akan cover caruman mendatang (future contribution) sekiranya pasangan client disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan. 
  • Manfaat ini sama seperti contributor. Cuma sekiranya berlaku kepada pasangan client. 
  • Manfaat ini penting sekiranya suami yang amik plan untuk isteri dan isteri tidak bekerja. Jadi, kalau suami meninggal dunia, atau sakit kritikal, atau lumpuh kekal keseluruhan, caruman isteri akan jadi PERCUMA.
   

15. TAKAFUL SAVER CONTRIBUTOR
  • Manfaat ini akan cover caruman mendatang untuk bahagian takaful saver.
  • Sebagai contoh, kalau client amik plan RM250 (RM200 basic dan RM50 takaful saver)...jadi, kalau manfaat contributor dan takaful saver contributor disertakan, sekiranya disahkan sakit kritikal, semua caruman RM250 akan jadi percuma. Sebaliknya, kalau hanya manfaat contributor sahaja yang disertakan, hanya caruman untuk basic plan sahaja akan jadi percuma. Caruman untuk takaful saver tidak akan dibayar oleh PruBSN. 
  • Client tak boleh amik manfaat takaful saver contributor tanpa manfaat contributor. 
  • Sebaliknya, boleh amik manfaat contributor tanpa manfaat takaful saver contributor.


16. TAKAFUL SAVER PARENT CONTRIBUTOR
  • Sama seperti plan takaful saver contributor, cuma cover untuk pembayar sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.


17. JOINT CONTRIBUTOR
  • Manfaat ini akan memastikan perlindungan kepada anak terus berjalan seperti biasa jika berlaku kematian, penyakit kritikal ataupun lumpuh kepada ibu ataupun ayah.


** Keterangan terperinci sila hubungi saya di talian 019-4930 773/017-2999 556 (Hafizan) atau klik permintaan Quotation di bawah untuk membuat temujanji. 


http://hafizanprubsntakaful.blogspot.com/p/blog-page_23.html